.

Kenapa Pencapaian UPSR SK Seri Utama Rendah Berbanding Sekolah Lain

Posted by Lutsinar Ahad, 7 April 2013 1 comments
Biarpun telah bertahun berlalu tetapi seakan-akan masing terngiang-ngiang di telinga yang mengatakan bahawa guru-guru tahun 6 di sekolah Seri Utama malas. Biarpun saya berada di meja lain, ungkapannya kuat memecahkan bunyi hiruk-piruk kesibukan di  Restoran Kuala Kurau. Ungkapannya hanya berdasarkan perbandingan keputusan UPSR antara sekolah Seri Utama dan Sekolah Seri Makmur.  Di mana SK Seri makmur memperolehi  berpuluh pelajarnya mendapat 5A dalam UPSR  manakala SK Seri Utama kurang daripada 10.

Pada saya adalah tidak adil menghukum guru-guru sekolah SK Seri utama hanya bersandarkan keputusan peperiksaan UPSR. Apa tidaknya saya mengalami sendiri, Isteri saya guru subjek Sains, tidak cukup siang mengajar, ditokok dengan kelas tambahan pada sebelah malam (pada masa tersebut) tanpa mempedulikan imbuhan yang diterima.

Katanya “Kalau sekolah bagi (dari dana PIBG) ambil, kalau tak ada pun tak apa”.  Menjawab persoalan yang saya lontarkan berhubung dengan kelas tambahan yang diadakan percuma oleh sekolah kepada pelajarnya.

Namun kenapa pelajarnya masih kurang mendapat 5A dalam UPSR? .Apa sebenarnya yang Berlaku?. Untuk menjawab  persoalan tersebut, saya mengajukan satu soalan lagi sebagai pencerahan apa yang tersembunyi di sebaliknya.  Kenapa kedudukan SK Seri Utama dan SK Seri Makmur begitu hampir seolah-olahnya hanya dipisahkan oleh tanah perkuburan Islam  sahaja?. Bukankah lebih baik digabungkan sahaja tetapi kenapa ia tidak berlaku?

Kembali kepada sejarah, lalu, SK Seri Utama  adalah lebih senior berbanding dengan SK Seri Makmur dengan bahasa penghantar pada masa tersebut adalah Bahasa Inggeris. Atas sebab inilah SK Seri Makmur dibina supaya warga kampung yang anaknya tidak betah berbahasa Inggeris dapat menghantarkan anak-anak mereka ke sekolah.

Bertitik tolak daripada itu kedua-dua sekolah ini berlainan kategori. SK Seri Utama diletakkan dalam Kategori sekolah dalam Bandar (dengan kod sekolahnya dimulai BBB) manakala SK Seri Makmur dan sekolah-sekolah lain di sekitar Sungai Besar adalah dikategorikan sekolah luar bandar (dengan kod sekolahnya dimulai BBA)

Dengan lain perkataan Sekiranya seorang Murid Di SK Seri Makmur mendapat markah 90 dalam UPSR maka ia telah mendapat gred A namun dengan Markah tersebut belum tentu mendapat Gred A di sekolah Seri Utama.

Selain daripada bilangan murid sekolah SK Seri Utama adalah kecil berbanding SK Seri Makmur. Kebiasaannya ibu bapa menilai pencapaian UPSR berdasarkan bilangan murid yang mendapat 5A dan bukannya berdasar peratus purata. Oleh yang demikian SK Seri Makmur mempunyai  hampir ke angka ribuan murid yang menduduki peperiksaan UPSR, sudah pasti mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat bilangan yang ramai mendapat 5A jika dibandingkan SK Seri Utama yang lebih kurang 100 sahaja.

Harap maklum...

1 comments:

zeynep berkata...

https://saglamproxy.com
metin2 proxy
proxy satın al
knight online proxy
mobil proxy satın al
Zİ3

Catat Ulasan

e-referrer

.

Hak Cipta terpelihara

MyFreeCopyright.com Registered & Protected

Terima kasih

Lain- Lain