.

Gincu Bibir Yang Merbahaya

Posted by Unknown Sabtu, 13 April 2013 2 comments
Kajian Dr. Elizabeth Ayoub, perubatan dan biomolekul mengeluarkan amaran untuk gincu yang mengandungi plumbum, yang merupakan karsinogen (agen/penyebab Kanser).

Baru-baru ini jenama 'Red Earth' menurun harga gincu dari R$67,00 ke  R$9,90!

Kenapa? Sebab ia mengandungi plumbum.

Jenama lain yang mengandungi plumbum adalah:
  1. CLINIQUE
  2. ESTÉE LAUDER
  3. SHISEIDO
  4. RED EARTH (Lip Gloss)
  5. CHANEL (Lip Conditioner)
  6. MARK AMERICA
  7. MOTIVES
  8. LIPSTICK AVON

Semakin tinggi kandungan plumbum, risiko menjadi lebih besar menyebabkan kanser. Selepas ujian dilakukan ke atas gincu, bibir diperhatikan plumbum tertinggi terdapat dalam gincu keluaran AVON. Kita sepatutnya berwaspada pada penjagaan gincu. Jika gincu anda keras statik adalah disebabkan oleh tahap plumbum yang tinggi.

Ambil ujian ini:
1. Sapukan sedikit gincu pada tangan anda;
2. Letakkan cincin emas pada gincu di tangan anda;
3. Jika perubahan warna gincu kepada warna hitam, gincu anda mengandungi plumbum.


Sumber dari: Facebook Nelydia Senrose (14-04-13)
Read More..

Kenapa Pencapaian UPSR SK Seri Utama Rendah Berbanding Sekolah Lain

Posted by Lutsinar Ahad, 7 April 2013 1 comments
Biarpun telah bertahun berlalu tetapi seakan-akan masing terngiang-ngiang di telinga yang mengatakan bahawa guru-guru tahun 6 di sekolah Seri Utama malas. Biarpun saya berada di meja lain, ungkapannya kuat memecahkan bunyi hiruk-piruk kesibukan di  Restoran Kuala Kurau. Ungkapannya hanya berdasarkan perbandingan keputusan UPSR antara sekolah Seri Utama dan Sekolah Seri Makmur.  Di mana SK Seri makmur memperolehi  berpuluh pelajarnya mendapat 5A dalam UPSR  manakala SK Seri Utama kurang daripada 10.

Pada saya adalah tidak adil menghukum guru-guru sekolah SK Seri utama hanya bersandarkan keputusan peperiksaan UPSR. Apa tidaknya saya mengalami sendiri, Isteri saya guru subjek Sains, tidak cukup siang mengajar, ditokok dengan kelas tambahan pada sebelah malam (pada masa tersebut) tanpa mempedulikan imbuhan yang diterima.

Katanya “Kalau sekolah bagi (dari dana PIBG) ambil, kalau tak ada pun tak apa”.  Menjawab persoalan yang saya lontarkan berhubung dengan kelas tambahan yang diadakan percuma oleh sekolah kepada pelajarnya.

Namun kenapa pelajarnya masih kurang mendapat 5A dalam UPSR? .Apa sebenarnya yang Berlaku?. Untuk menjawab  persoalan tersebut, saya mengajukan satu soalan lagi sebagai pencerahan apa yang tersembunyi di sebaliknya.  Kenapa kedudukan SK Seri Utama dan SK Seri Makmur begitu hampir seolah-olahnya hanya dipisahkan oleh tanah perkuburan Islam  sahaja?. Bukankah lebih baik digabungkan sahaja tetapi kenapa ia tidak berlaku?

Kembali kepada sejarah, lalu, SK Seri Utama  adalah lebih senior berbanding dengan SK Seri Makmur dengan bahasa penghantar pada masa tersebut adalah Bahasa Inggeris. Atas sebab inilah SK Seri Makmur dibina supaya warga kampung yang anaknya tidak betah berbahasa Inggeris dapat menghantarkan anak-anak mereka ke sekolah.

Bertitik tolak daripada itu kedua-dua sekolah ini berlainan kategori. SK Seri Utama diletakkan dalam Kategori sekolah dalam Bandar (dengan kod sekolahnya dimulai BBB) manakala SK Seri Makmur dan sekolah-sekolah lain di sekitar Sungai Besar adalah dikategorikan sekolah luar bandar (dengan kod sekolahnya dimulai BBA)

Dengan lain perkataan Sekiranya seorang Murid Di SK Seri Makmur mendapat markah 90 dalam UPSR maka ia telah mendapat gred A namun dengan Markah tersebut belum tentu mendapat Gred A di sekolah Seri Utama.

Selain daripada bilangan murid sekolah SK Seri Utama adalah kecil berbanding SK Seri Makmur. Kebiasaannya ibu bapa menilai pencapaian UPSR berdasarkan bilangan murid yang mendapat 5A dan bukannya berdasar peratus purata. Oleh yang demikian SK Seri Makmur mempunyai  hampir ke angka ribuan murid yang menduduki peperiksaan UPSR, sudah pasti mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat bilangan yang ramai mendapat 5A jika dibandingkan SK Seri Utama yang lebih kurang 100 sahaja.

Harap maklum...
Read More..

Muhammad Ali Menasihati Anak Perempuannya Agar Bertudung

Posted by Lutsinar 0 comments
Muhammad Ali bersama Laila Ali  dan Khaliah Ali-Wertheimer
Satu insiden yang berlaku apabila anak perempuan Muhammad Ali tiba di rumahnya dengan  pakaian yang agak mendedahkan. Apabila kita tiba di rumah, seorang pemandu diiringi adik perempuan saya, Laila, dan saya sehingga ke dalam rumah. Seperti biasa, ayah telah bersembunyi di sebalik pintu menunggu untuk menakut-nakutkan kami. Kami disapa dengan pelukan dan ciuman oleh ayah. Ayah saya melihat saya dan beliau berkata sesuatu yang saya tidak akan lupa sampai bila-bila iaitu.

"Hana, segala-galanya yang dicipta Allah SWT berharga di dunia dilindungi dan sukar untuk kita dapat. Di manakah kita boleh dapat berlian? Jauh ke dalam tanah, ditutup dan dilindungi. Di manakah kita boleh dapat mutiara? Jauh di bawah lautan, ditutup dan dilindungi dengan cangkerang yang indah. Di manakah kita boleh dapat emas? Jauh ke dalam lombong, ditutup dengan lapisan dan lapisan batu. Kita perlu bekerja keras untuk mendapatkannya. "

Dia memandang saya dengan mata yang serius.

"Tubuhmu suci wahai anakku. Kau jauh lebih berharga daripada berlian dan mutiara, dan harus ditutupi dan dilindungi juga. "

Kisah Ini berdasarkan  cerita seperti yang diberitahu oleh salah seorang daripada anak-anak perempuannya. Ia telah diterbitkan pada wall facebook oleh Shah Ismail  pada 7/04/13 meminta untuk dikongsikan kisah ini. Lantaran itu saya kongsikan cara saya menerusi blog ini
Read More..

Mencongak Sifir 9 Secara Kreatif

Posted by Unknown Sabtu, 6 April 2013 0 comments
Sehingga sekarang suami saya tidak hafal sifir. Matematik bukan subjek sejarah atau geografi untuk buat hafazan katanya. Sejak dari sekolah rendah bila buat matematik dia akan minta kertas untuk mengira. Jika tidak ada, maka kertas soalan itu yang akan diconteng buat kira-kira. Dia telah mencurahkan ilmunya kepada saya, saya mengetengahkan sifir sembilan secara congak dalam kepala aje..(Suami saya create sendiri- katanya)
Biar saya terangkan berdasarkan gambarajah di atas;- 

Slide 1 - menunjukkan sifir yang biasa ada pada buku sifir.
Slide 3 - Oleh kerana kita ingin mencari jawapan bagi sifir sembilan maka kita ketepikan dan tumpukan pada nombor pasangannya. Dalam gambar di atas nombor yang berwarna biru.
Slide 4 - gandakan ia menjadi 2 bahagian
Slide 5 - Nombor sebelah kiri kita tambahkan nilai '0' di belakangnya menjadikan ia berbeza 1 ruang rumah (puluh dengan se, ratus dengan puluh dan seterusnya)
Slide 6 - Tolak nombor tersebut dan anda akan mendapat jawapannya.

Secara teknikalnya, ia mengubah sifir 9 kepada operasi penolakan nombor dan bagi memudahkan anda memahaminya perhatikan gambarajah di bawah.



Bila orang bertanya 125 darab 9. dan kita katakan "Oh 125 ye (kata- kata itu membuat kita memfokus kepada nombor pasangannya. lalu kita membayangkan 125 ditambah '0' menjadi 1250 dan tolak kembali dengan angka 125 maka sudah tahu jawapannya adalah 1125. Jika anda mempunyai masalah untuk mencongak kira-kira tolak maka anda tiada pilihan melainkan dengan bantuan kertas conteng untuk mengira.

Selain daripada kaedah ini, ada juga kaedah lain yang biasanya dipraktikan oleh guru pakar matematik dan jika anda googlekannya Insaallah anda akan memperolehinya

Selamat mencuba....

Read More..

Pelik Tapi Benar

Posted by Lutsinar Jumaat, 5 April 2013 1 comments
Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temu duga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemu duga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temu duga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab, “Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab, “Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"

Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersihkan tangan ibunya.

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"

Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."


Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.

Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.

kisah ini diambil daripada Facebook. (with K-i Art, Syakirah Ismail, Jebat Giler Cool, Yusniza Yaahmat, Nor HaFizah Sarrif, Nor Ain Khairudin, Qaseh NurAmina, Muhammad Beheshti and Cik EIyfa. ) bagi memenuhi kehendak mereka minta dikongsikan maka saya kongsikannya menerusi blog ini..
Read More..

Kaedah Mudah Menolak Angka Besar Dengan Angka Kecil

Posted by Lutsinar 0 comments
Anak Saya berada di tahun 2 sekolah rendah, Saya dapati beliau agar sukar untuk menguasai kaedah menolak angka besar dengan angka kecil. Memandangkan kaedah yang diajar guru di sekolah, meminjam dari sebelah kiri dan di campur dengan angka kecil di kanan  menjadikan  jumlahnya menjadi berbelas-belas maka amat sukar dikira dengan jari tangan yang cuma ada sepuluh. Lantaran itu saya ajar dia kaedah yang saya gunakan semasa saya di sekolah rendah dahulu.
Menerusi blog ini saya kongsian dengan anda secara percuma semoga ia dapat membantu andak anda menguasai matematik. Saya telah menyiapkan kaedah tersebut seperti di bawah dengan animasi GIF. Perhatikan baik-baik semoga mudah anda memahaminya.



1.    Apabila nombor tidak dapat ditolak maka ia ditolak secara songsang seperti mana yang dipaparkan oleh anak panah berwarna oren. Tuliskan hasil tolak tersebut di atasnya.
2.    Seperti kaedah biasa, pinjam 10 unit dari angka kirinya yang paling hampir
3.    Tandakan angka tersebut dan tuliskan angka kurang satu dari sebelumnya .
4.    Tuliskan angka 10 yang dipinjamkan di atas nombor yang telah dikurangkan dalam langkah 3.
5.    Seterusnya angka 10 ditolakkan dengan jumlah angka yang diperoleh i dari tolakkan songsang (langkah 1)
6.    Anda akan mendapat jumlahnya dan jumlah tersebut bawa ke bawah seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam gamba rajah GIF di atas
7.    Nombor kanannya tolak seperti biasa.

Cuba ulangi beberapa kali supaya anda mahir sebelum anda mengajar anak anda. Selamat mencuba...

Nota penulis:- Dengan terbitnya post ini, bererti saya telah mempromosikan kepada tatapan awam bahawa kaedah ini telah saya patternkan di bawah hak cipta terpelihara. Apa-apa juga terbitan di media elektronik mahupun dalam bentuk tulisan pada buku, majalah atau seumpamanya  adalah melanggar undang- undang hak cipta.. Saya menulis kaedah ini adalah sebagai hadiah percuma kepada pengunjung blog ini sebagai tanda ucapan terima kasih saya. Lantaran itu saya tidak mahu mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakannya untuk kepentingan  diri mereka sebagai sumber pendapatan mereka.  
Harap maklum
Read More..

Antara wordpress atau BlogSpot. Mana yang lebih baik

Posted by Lutsinar Rabu, 3 April 2013 0 comments
Sebelum ini saya telah mempunyai blog sendiri  iaitu dengan menggunakan platform wordpress self hosting.  Seperti yang kita maklum wordpress mesra engine pencarian apatah lagi item-item yang diperlukan oleh SEO bersifat individual berdasarkan post (BlogSpot secara pukal) maka mudahlah mendapat tempat yang tinggi dalam rank (kedudukan)  injin pencarian.

Untuk mempromosikan post pada BlogSpot, kita memerlukan banyak kerja seperti walking blog, backlink, komen pada i luv comment (do follow), dari nama imej, menggunakan kod QR sebagai avatar dan seumpamanya secara manual.

Bagi memudahkan anda memahami konsep ini dapatlah disamakan wordpress adalah versi canggih handset yang banyak fungsi serta di sokong  banyak aplikasi manakala BlogSpot adalah handset versi lama yang Cuma membuat serta menerima panggilan dan juga khidmat SMS. Secara teknikalnya adalah sukar untuk beralih arah ke BlogSpot tetapi kenapa saya beralih arah?

Bila ia canggih sudah semestinya sensitif dan sukar untuk setting (tak tau nak tulis apa dalam BM). Tetapi situasi itu tidak mematahkan semangat saya. Yang terkesan kepada saya adalah mereka di BlogSpot boleh menjana pendapatan yang lumayan tetapi sebaliknya saya di wordpress selalu membayar denda (bandwidth proceed) dek kerana asakan trafik yang tinggi (lebih 1k sehari).

Biarpun dendanya sehari RM5.00 tetapi kalau sebulan dah RM 150.00, kalau setahun dah mencecah RM1K itu belum lagi ditambah dengan bayaran sewa domain dan hosting. Mana tahan, apatah lagi pekerjaan saya hanya sekadar petani yang menanam padi dengan tanah sekangkang kera. Blogging hanya sekadar wadah untuk berkongsi ilmu dan idea...

Wallahualam
Read More..

Ilmu Kebal Atuk Saya.

Posted by Lutsinar 9 comments
Menyimpan  semula kisah di awalan pengganas Sulu menyerang Sabah, mereka seolah- olah benar-benar yakin untuk menawan Sabah dan bersedia bertempur dengan pasukan keselamatan. Rupanya keyakinan mereka
adalah kerana mereka telah dipersiapkan dengan tangkal dan Al-Quran kecil di pinggang.  Dalam akhbar hari ini, pasukan keselamatan mengakui mereka telah dihujani peluru sehingga baju koyak rabak namun tiada setitik pun darah membasahi tubuh mereka. Menyingkapkan tentang ilmu kebal orang jawi (Melayu), terlalu banyak jika dirujuk kepada jenis tangkal dan amalannya.

Atuk saya mempunyai ilmu kebal, pada 13 Mei, ia telah diganyang oleh sekampung orang cina dengan pelbagai senjata tajam termasuklah kopek kelapa dengan penuh emosional. Namun ada seorang cina seorang temannya yang berbangsa cina menyuraikannya tetapi tidak berjaya. Namun entah apa yang dikatakannya mereka terhenti secara tiba-tiba dan terpaku melihat keadaan atuk saya yang tidak mengalami apa-apa kecederaan duduk bersila sambil menyapu kekotoran di lengan bajunya. Melihat keadaan tersebut mereka  menyembah-menyembah meminta maaf. Kawan atuk saya menarik tangan atuk saya untuk berdiri dan menemaninya sehingga sampai melepasi kawasan perkampungan cina.

Atuk bertanya apa yang dikatakannya bagi menghentikan mereka membelasah nya,. Saya katakan kepada mereka yang awak kebal senjata tajam dan peluru, orang Jepun pun tak boleh buat apa-apa. Itu sebab mereka berhenti..

Apa sebenarnya kebal yang atuk saya miliki?. Begini dalam keturunan saya setiap generasi wujud seorang yang akan lahir  dalam bentuk telur (keluar sekali dengan sarangnya dan air ketuban tidak pecah) dan pada generasi saya. Saya dilahirkan begitu. bidan bertanya kepada ayah saya macam mana dan ayah saya membuat keputusan tidak payah kerana ayah saya faham keadilan Allah SWT semakin banyak kelebihan seseorang itu maka semakin banyak kekurangan pada bahagian lain. Dan kekurangannya ialah dari aspek harta yang kurang berkat dan kehidupannya hanya sekadar ada aje atau dengan kata lain miskin harta benda.

Jika sekiranya ayah saya bersetuju, maka ia perlu menyediakan kain hitam dan segenggam garam kasar dan si ayah perlu melapik kain hitam dan seterusnya menggigit sehingga pecah sarang bulat tersebut dengan dimulai dengan ayat-ayat tertentu dalam al-Quran. Setelah pecah kelongsong tersebut perlu disimpan dengan garam tadi dan seterusnya ........

Anugerah ini Allah berikan kepada anak kerana ibu tersebut melahirkan anak dengan kepayahannya yang lebih dari wanita yang bersalin biasa. Cuba bayangkan melahirkan tanpa air ketuban yang bertindak sebagai pelincir untuk bayi keluar. Tentu lebih sukar.

Biarpun begitu ter kadangkala dengan izin Allah SWT ia muncul sendiri tanpa disedari atau disengajakan. Saya pernah berlari melanggar batu lapik tiang dan patah 2. Saya mengalami kemalangan dengan kawan saya langgar depan- depan, saya tidak mengalami sebarang kecederaan dan kawan saya pengsan. Selain daripada itu, sepanjang saya berkenderaan naik motosikal dan kereta yang telah beberapa kali terbabit dalam kemalangan (2 kali dengan lori) yang pada zahirnya boleh membawa maut,

Allah SWT memelihara saya, saya hanya mengalami luka-luka ringan sahaja.  Dengannya saya akan terkenang kepayahan ibu saya melahirkannya lantaran itu Allah memelihara saya lebih berbanding orang lain.

Berbalik kepada ilmu kebal orang Melayu yang lain adalah seperti ilmu kebal selumbar buaya, ilmu kebal masyarakat kubu dan mereka yang memakai rantai emas babi tunggal (pernah masuk kampung saya semasa saya kecil). Namun saya tidak pasti  ilmu badan memanggil kepala adalah dikategorikan dalam ilmu kebal. Jika ada kesempatan dengan Izin Allah, saya akan menceritakan kupasan tentang  ilmu kebal ini dan pengalaman individu tertentu ketika berhadapan dengan penjajah.

Wallahualam
Read More..

Revolusi Terkini yang Perlu Anda Tahu

Posted by Unknown Selasa, 2 April 2013 0 comments
Kod Quick Response (QR) telah dibangunkan di Jepun oleh Syarikat Denso pada 1994. Ia adalah barcode 2-Demensi yang pesat membangun sebagai satu gaya hidup terkini dan sebagai platform untuk berkongsi maklumat digital. Di tahun 2011, teknologi ini akan menjadi standard untuk perniagaan dan interaksi sosial.

Dari Aspek perkongsian ia tidak terhad kepada maklumat teks sahaja malahan termasuk Imej dan Video. Dengan memiliki perisian pengimbasannya yang bermutu tinggi Kod QR berkebolehan menghantar SMS atau email, Mendail Nombor telefon, melayari halaman sesawang, pautan iTunes, melayari BUY Now PayPal, media sosial terutama Facebook dan twitter, menghantar VCard terus ke Buku kenalan Telefon bimbit, menandakan apa yang terjadi di Kalender perancangan, Menunjukkan lokasi pada peta Google, login ke Wife (untuk Android) dan seumpamanya. Daripada sini dapatlah kita simpulkan bahawa ia sebagai satu jambatan perhubungan dunia digital dan kehidupan seharian.

Pada masa ini ia digunakan secara meluas di komputer dan internet. Di media pengiklanan diperagakan sebagai papan iklan, maklumat barangan dan perkhidmatan. Malahan Syarikat-syarikat besar di Malaysia telah meletakan Kod QR pada iklannya di Surat Khabar dan Majalah. Ahli perniagaan menggunakannya sebagai Kad Perniagaan bagi menunjukkan Syarikat sentiasa gah dan terkehadapan  dalam menambat keyakinan dan kepercayaan kliennya dalam merebut kontrak dan projek.

Di sektor pengangkutan awam, pada tiket yang mempunyai kod QR mencatatkan maklumat perjalanan, tarikh, masa dan seumpamanya. Difahamkan bahawa Jenama Mazda menggunakan Kod QR bagi memudahkan penggunanya menujukan ke suatu destinasi berdasarkan Kod QR yang mengandungi koordinat tempat (WGS) yang dikirimkan oleh orang yang ingin diziarahi nya. (Mereka telah meletakan kod QR di setiap rumah mereka)

Sekiranya anda ingin membuat Kod QR anda sendiri sila gunakan Widget sebelah kanan blog ini. Sila gunakan Screen Capture pada PhotoScope atau lain-lain perisian yang seumpamanya dan simpan di komputer atau telefon bimbit anda.

Insya-Allah pada masa akan datang saya akan menulis artikel "mempromosikan blog anda menerusi Kod QR"

Wallahualam


Read More..

e-referrer

.

Hak Cipta terpelihara

MyFreeCopyright.com Registered & Protected

Terima kasih

Lain- Lain