.

Fenomena UAI

Posted by Lutsinar Ahad, 31 Mac 2013 0 comments
Istilah UAI boleh juga dimaksudkan Untukmu Agama Islam tetapi yang lebih tepat lagi adalah Ustaz Azhar Idrus yang merupakan pendakwah yang jujur dan ikhlas dalam meletakan Islam di tempatnya. Selain daripada popular di Masjid, ia amat popular di kalangan anak-anak muda samada di arena blog, Facebook mahupun YouTube.
Karakternya yang mempunyai humor yang bersahaja dengan pendekatan secara lembut dan berhikmah jelas kelihatan ketika mengupas isu  semasa terutama semasa menjawab soalan “Salam Ustaz, Apa hukum ambik girlfriend orang lain. Sedangkan dia tak confirm lagi kahwin tapi nampak macam dah confirm sebab nampak semakin mesra nampaknya”.
Selain daripada itu beliau akan mengatakan hukum hakam berdasarkan mazhab yang benar dan perbezaan antara mereka dan juga pendapat- pendapat ulama yang lain. Situasi ini memberikan jawab yang lengkap sepertimana yang dikehendaki oleh orang-orang muda kini.
Memang sudah adat dunia kita tidak berkebolehan memuaskan hati semua orang dan ini jelas dapat dilihat menerusi video di YouTube yang menandakan “dislike”. Lalu mereka mempunyai alasan tersendiri tetapi saya sebagai umat Islam yang mengucapkan 2 kalimah syahadah yang telah berjanji mengakui Nabi Muhammad Pesuruh Allah maka saya perlu menghormati ulama yang ikhlas dan jujur kerana mereka adalah pewaris Nabi.

Jika anda berminat untuk meletakan ikon UAI di blog anda  maka copy dan paste kod HTML di bawah dan paste kat HTML widget di blog anda. Gambar UAI ini dalam format PNG yang mana ia tidak mempunyai latar belakang.


<a href="http://2.bp.blogspot.com/-Vj7pv4tbDrI/UVjz6OK26DI/AAAAAAAAAIw/hBrcZRcCgwc/s1600/Ustaz+Azhar+Idrus.png" target="_blank" rel="dofollow">Ustaz Azhar Idrus</a>


Wallahualam
Read More..

Penanaman Padi Kebal Secara Kreatif

Posted by Lutsinar Sabtu, 30 Mac 2013 0 comments
Padi kebal adalah istilah kepada padi CL1 dan CL2, CL2 adalah yang paling popular kerana umurnya lebih kurang 95 hari, daun kecil dan rendah. Lantaran itu ia berjaya memberikan pendapatan lumayan kepada petani.  Memandangkan ia kebal kepada racun ON DUTY tetapi tidak kebal kepada siput dan tikus, petani di daerah Panchang Bendena memanfaatkannya kelebihan secara kreatif  dalam mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh siput gondang dan tikus.

Setelah 2 kali bajak sawah mereka terus akan menabur padi biasa yang dicampurkan dengan racun hitam di sawah yang hampiran dengan batas dengan target agar ada tikus mati di sawah.  Apabila ada tikus mati di sawah bererti tikus-tikus yang hidup akan memboikot sawah tersebut selama 14 hari. Seterusnya mereka  akan menabur benih padi kebal ke sawah dalam keadaan sawah kering dan padi yang jatuh ke sawah akan tersorok di celah- celah ketulan tanah kecil. Oleh kerana sawah kering maka tiada kerosakan disebabkan di makan siput.

Apabila padi telah tumbuh mereka akan meracun dengan racun 3 bungkus on duty, stem 2 bungkus dan pelakat ON duty ½ botol. Dengannya semua padi angin, rumput dan umpan tikus yang tumbuh akan mati.

Nota penulis;- ia amat sesuai apabila cuaca kadang kala hujan tetapi kadar air hujan tidak mengenangi sawah. Kaedah ini dipraktikkan oleh ramai petani di sini dan juga turut dipraktikkan oleh bapa mertua saya. Saya tidak pernah menanam padi kebal oleh yang demikian apa yang saya tulis adalah berdasarkan maklumat petani dan bukannya daripada pengalaman saya sendiri. Sekiranya anda mempraktikkan kaedah ini semua risiko adalah tanggungjawab anda sendiri. Arena

Wallahualam
Read More..

Percutian di Langkawi

Posted by Unknown Khamis, 28 Mac 2013 1 comments
Dari Kiri- Mia, Ummi, Nabiha, Acu Fatin dan Saya
Pada 03 mac  yang lalu, saya bersama makcik saya telah pergi ke Langkawi selama 3 hari 2 malam, kami menginap di sebuah chalet. Tempat nya luas, aman, selesa dan cantik mempesonakan. Ketika di sana kami mengunjungi  beberapa tempat. Antaranya  kami melawat makam Mahsuri, Beras Bakar dan lain-lain tempat kunjungan pelancong. Ketika malam pertama kami bergambar di patung burung helang.
Hari kedua kami pergi ke Kuah untuk membeli belah. Seterusnya kami ke Ismail group untuk membeli buah tangan. Kami membeli sekotak daim,2 bungkus Ferrero Rocher dan bermacam-macam lagi barangan. Selepas sejam setengah di dalam Ismail group kami ke Idaman suri terdapat beraneka jenis  pinggan mangkuk yang cantik lagi menarik. 

Di Sebelah malamnya kami pergi ke pasar malam. Saya dan makcik membeli sepasang kasut sarung yang cantik. Kemudian saya pergi taman yang  indah dihiasi banyak lampu berwarna- warni menerangi segenap penjuru  taman itu. Kami pulang ke chalet pada pukul 12 tepat.

Pejam celik sudah masuk hari ketiga di Langkawi, perjalanan  kami seterusnya pergi ke pantai Cenang untuk bergambar sebagai mengabadikannya dalam kenangan. Tidak ketinggalan kami pergi ke Carble Car. Tepat pada 12 tengah hari kami pun pulang ke chalet untuk mengemas barang. Saya meriba makcik saya kerana kereta sarat dengan pelbagai barangan sehingga bonet dah tak muat. Seterusnya kami pergi ke airport untuk pulang ke kampung. Dan kami selamat sampai ke  kampung  pada pukul 2 pagi. Insya Allah kisah percutian di langkawi ini menjadi kenangan yang terindah buat saya.
Read More..

Tips Untuk Newbie Menulis Blog Untuk Meningkatkan Trafik

Posted by Lutsinar Selasa, 26 Mac 2013 0 comments
Menulis blog di blogspot bukanlah suatu yang mudah kerana blogspot tidak seperti wordpress yang lebih mesra SEO. Wordpress (terutama self hosting) menyediakan metaheader, penerangan tajuk (170 perkataan), snippet dan tag pada setiap artikel Lantaran itu untuk mendapat tempat halaman pertama di engine pencarian adalah sukar. Oleh yang demikian ia mewujudkan kekangan untuk mendapat trafik yang tinggi pada blog tersebut.

Untuk menambah baik atas kekurangan ini, 7 perkara perlu diambil oleh Newbie (istilah kepada orang yang baru berkecimpung dalam bidang blog dan website) antara;-

  • Pemilihan tajuk blog mestilah berdasarkan keyword (merujuk kepada perkataan yang biasa pengguna tulis pada engine pencarian) yang tinggi. Setiap artikel yang anda muat di blog sedaya upaya menggunakan keyword yang telah menjadi tajuk blog anda secara berulang kali untuk mengwujudkan suasana keyword banyak diguna pakai pada blog anda.

  • Pemilihan templat blog- Ia memainkan peranan yang besar. Blog yang memasang templat SEO friendly lebih mudah dicari pengguna internet. template yang baik adalah SEO friendly, ringan dan kelihatan simple dan menarik. Kebanyakan templat blog SEO friendly adalah templat yang perlu dibeli namun ada juga yang percuma. Biasanya blog tersebut disertakan dengan slade dan sosial widget yang perlu anda kemaskinikan pada dashbord --->template ---> edit HTML. Biarpun ia bertindak secara pukul, Snippet pada slade membanyakkan jumlah keyword pada blog anda. Agar mudah dilihat oleh engine pencarian.

  • Upload gambar- Gambar yang ingin anda muat naik di blog anda perlu dinamakan dengan perkataan yang terkandung pada tajuk blog anda. Bila mana pengguna menggunakan carian imej, ia akan membawa pengguna internet tersebut ke blog anda.

  • No follow pada pautan- Pautan yang anda letakan pada artikel di blog anda hendaklah disertakan arahan nofollow melainkan pautan dalaman (internal link). Bagi memudahkan anda memahami fungsinya seperti berikut. Pengguna telah menaip satu perihal keyword, engine pencarian telah sampai ke blog anda tetapi keluar semula menerusi pautan yang disertakan pada artikel anda tetapi dengan adanya nofollow ia terus berada di blog anda sebagai destinasi dan seterusnya menyenaraikan blog anda pada halamannya.

  • Ping artikel anda- pada masa ini pelbagai ping wujud dipersada internet dan anda perlu menyertainya. Ia bertindak sebagai pengiklanan artikel yang anda tulis. Saya pernah mendapat ribuan lawatan sehari kerananya

  • facebook, commen luv dan lain- lain sosial platform- Kongsikan artikel di facebook atau lain-lain sosial platform juga meningkatkan trafik ke blog anda. Jika anda melawati blog yang pada ruang komennya tertara comment luv tinggalkan komen. Dengannya anda telah meletakan pautan dofollow kepada tajuk artikel terbaru anda semasa komen dibuat.

  • Walking blog- lawatan blog yang mengandungi wedget seperti feedjit, shoutbox dan sebagainya yang mana perlu anda isikan alamat blog anda. Pelawat blog berkenaan berkebolehan melawati blog anda kerana anda telah meletakan pautan ke blog anda di blognya.

Diharap tips ini dapat membantu anda sebagai newbie dan bagi blogger rasanya mereka telah sedia maklum tentangnya. terimakasih kerana mengunjung blog saya
Read More..

Kisah Syaitan Membantu Pemuda Ke Masjid

Posted by Unknown Ahad, 24 Mac 2013 0 comments
Kisah seorang pemuda bangun awal pagi untuk solat Subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid. Di pertengahan jalan menuju ke masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid.

Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama. Dia sekali lagi bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia sekali lagi berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid.

Di tengah jalan menuju ke masjid, dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu.

Dia menanyakan identiti lelaki tersebut dan lelaki tersebut menjawab "Saya melihat anda jatuh dua kali di perjalanan menuju ke masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda."

Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan menuju ke masjid.

Apabila mereka sampai di masjid, pemuda tersebut bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat Subuh bersamanya. Lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali-kali tetapi jawapannya sama.

Pemuda itu bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat Subuh bersama?

Lalu lelaki itu menjawab...

"Aku adalah IBLIS..."

Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu.

Iblis kemudian menjelaskan, "Saya melihat kamu berjalan ke masjid dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan SEMUA DOSAMU.

Saya membuatkan kamu jatuh kali kedua dan itupun tidak membuatkan kamu berubah fikiran, bahkan kamu tetap memutuskan kembali untuk ke masjid.

Kerana hal itu, Allah memaafkan DOSA-DOSA SELURUH ANGGOTA KELUARGAMU.

Saya khuatir jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa kamu sampai di masjid dengan selamat..."

Dituliskan kat wall FB oleh Habibiroh Kakbie and Ibu Buu shared Islam Agama Ku's photo.
Read More..

PhotoScape Yang Lebih Mesra Pengguna

Posted by Unknown 0 comments
Photo Scape adalah software percuma yang digunakan untuk memproses gambar. Biarpun tidak sehebat Photoshop atau GIMP. Berdasarkan pengalaman saya yang pernah menggunakan Photoshop, GIMP, ACDsee, Inkable, Paint dan lain-lain lagi sofware seumpamanya Photoscape lebih mudah dipelajari dan mudah digunakan. Malahan Photoscape menyediakan video tatacara penggunaan di youtube. Anda hanya perlu Klik pada help untuk akses video tersebut.

Pada saya ia amat sesuai untuk kegunaan guru terutama guru sains untuk kujuan menyunting gambar semasa membuat soalan ujian mahupun peperiksaan. Selain daripada itu para blogger juga perlu memiliki software ini bertujuan menyunting, menambah teks pada gambar  dan mengecilkan saiz gambar.

Antara Ciri-ciri utamanya ialah

Viewer - untuk melihat gambar-gambar yang terkandung dalam folder ditunjukkan secara thumbnails. Pointing pada thumbnails dan klik kanan mouse dan pilih slade untuk paparan secara slade.
Editor - Mengubah Saiz, warna, kecerahan, cahaya latar, bingkai, menambah belon ucapan, bingkai, pilih mosaic, meletakan bingkai, menambah teks, pemotongan, tapisan, membetulkan mata merah, kesan efek brus , pencerahan pada bahagian tertentu (bloaming), klon dan lain-lain lagi.
Batch Editor - Suntingan secara pukal.
Page - meletakan dan menyusun pelbagai gambar pada satu muka surat.
 Combine - Menyusun gambar pada satu lajur. (amat sesuai untuk menjadikan  video)
Animated GIF-membuat gambar secara animasi
Print - Mencetak gambar secara potret, gambar passport ataupun CDV.
Splitter - Memecahkan gambar kepada beberapa bahagian
Screen Capture - Mengambil gambar paparan skrin dan menyimpannya. Kegunaan yang paling ideal adalah sekiranya gemar membeli belah di talian. Screen Capture pembayaran anda sebagai bukti dan juga dokumen-dokumen yang memerlukan dicetak tetapi anda berhasrat untuk mencetaknya pada masa yang lain.
Color Picker - Ia amat berguna semasa mengedit gambar dan color picker digunakan untuk kerasian warna pada gambar.
Rename- menukar nama fail secara pukal
Raw Converter - Menukar RAW kepada format JPG
dan pelbagai lagi fungsi-fungsi lain

Klik pautan  ini (Photoscape). Berdasarkan qualitinya tidak mustahil suatu hari nanti ia akan dikenakan bayaran. Sepanjang pengalaman saya banyak software yang bermula dengan percuma dan kemudiannya menjadi sortware berbayar terutama software anti virus.

Selamat mencuba sekiranya anda ingin maklumat lebih lanjut tentang tatacara kegunaannya klik help ia akan menghantar anda ke laman sesawangnya bantuan secara teks dan juga secara visual.



Read More..

PROPEN Kecermerlangan UPSR 2013

Posted by Unknown 0 comments
Pada tanggal 20-Mac-2013, Saya menghadiri taklimat PROPEN Kecermerlangan UPSR 2013 bertempat di bilik Mesyuarat PPD Sabak Bernam. Mereka yang terlibat adalah guru-guru yang mengajar subjek teras UPSR. Guru yang mengajar subjek Sains adalah kumpulan yang terakhir menghadiri taklimat PROPEN. Hasil daripada taklimat tersebut kami dibekalkan dengan CD-Rom yang mengandungi contoh-contoh soalan UPSR yang perlu dipratikkan di sekolah.

Di dalam CD-Rom ini mengandungi contoh soalan subjek teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Bagi memudahkan para guru mendapatkannya saya memuat naik apa yang terkandung dalam CD-rom tersebut mengikut pecahan Subjek Fail tersebut dalam bentuk ZIP. Sila Klik Pautan yang saya sertakan di bawah;

Download Modul BM Pemahaman.rar from SendSpace
Download MODUL BM PENULISAN SK.rar from SendSpace
Download PROPEN 2013 BI 0142 EDITED.rar from SendSpace
Download MODUL M3 UPSR SK.rar from SendSpace
Download PROPEN MODUL SAINS 2013.rar from SendSpace


Semoga dengan ini dapatlah kita sama-sama meningkatkan Prestasi UPSR 2013.
Read More..

Amalan Untuk Mendapatkan Zuriat

Posted by Lutsinar Jumaat, 22 Mac 2013 0 comments
Sekolah Seri Utama pernah menjemput Ustaz Abdullah al-amin menyampaikan ceramah sempena program keibubapaan di Masjid Makmuriah pada 01-Feb-13. Lalu ceramah tersebut beliau menceritakan satu cerita yang berlaku pada zaman rasulullah. Bagaimana seorang sahabat mendatangi rasulullah yang mengadu yang mereka tidak memperolehi zuriat setelah sekian lama berkahwin.

Lalu Rasulullah bertanya "Apa yang dilakukannya". Sahabatnya juga tergamam dengan pertanyaan lalu rasulullah mencadangkannya agar memperbanyakkan istighfar.

Sebaik sahaja kembali ke rumah ia berpakat dengan isterinya, lalu mereka sama mendirikan solat taubat dan seterusnya kedua-duanya memperbanyak istighfar dalam kehidupan harian mereka. lantaran setelah beberapa bulan berlalu, ia pun mengkhabarkan kepada rasulullah bahawa isterinya mengandung dan diriwayatkan bahawa mereka memperolehi 8 orang anak dalam hidupnya.

Ustaz abdullah al-amin menyampaikan cerita ini dengan ringkas kerana mengejar waktu ashar yang telah berlalu hampir setengah jam dan dalam suasana sebegini, saya merasakan tidak sesuai untuk mengajukan pertanyaan apa yang dimaksudkan dengan kata-kata rasulullah "Apa yang anda lakukan" dan berdasarkan cerita mereka berpakat dengan isterinya untuk mendirikan solat taubat dengan amalan istighfar bermakna ia merujuk kepada dosa yang mereka lakukan sehingga Allah SWT menyekat rezeki zuriat kepada mereka.

Lalu sekiranya anda telah lama berkahwin namun masih belum mempunyai anak adalah lebih baik anda lakukan seperti mereka mungkin ada antara kesilapan yang kita lakukan menyebabkan dosa tersebut menyekat rezeki anak terhadap kita. Disamping itu berdoalah kepada Allah SWT tanpa mengenal erti putus asa.

Walahuallam
Read More..

Mesin Ringkas

Posted by Lutsinar Selasa, 19 Mac 2013 0 comments
Subjek sains untuk tahun 6. guru

1. Gear
Pergerakan kedua-dua gear sentiasa bertentangan arah. Dalam contoh di atas Gear besar bergerak ke arah kiri (melawan pusingan jam). Manakala gear kecil bergerak ke arah kanan (mengikut arah jam).

2 Skrew


Read More..

Istilah Makanan Yang Mengandungi Babi

Posted by Lutsinar 0 comments

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine. Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:Babi liar.

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.


Dikirimkan oleh Zaidi Mahat menerusi Facebook pada 19/03/2013. Atas permintaannya agar dikongsikan bersama,  saya posting ke blog ini. Agar beliau beroleh pahala yang berpanjangan. Arena
Read More..

Tips Mengisi Markah Di SAPS

Posted by Unknown Jumaat, 15 Mac 2013 0 comments
Mengisi markah di SAPS tidak kurang hebatnya memberi tekanan kepada guru sekolah. Apa tidaknya semua guru sekolah perdana berkunjung ke laman sesawang SAPS menjadikan trafik yang sangat tinggi pada laman sesawang tersebut. Lantaran itu para guru yang mengguna broadband dalam melayari sesawang SAPS, besar kemungkinan akan melakukan kerja yang sia-sia, apabila markah yang diisikan tidak tersimpan pada pangkalan data SAPS.

Ada antara guru yang mengisi markah di SAPS pada lewat malam ataupun waktu subuh dengan harapan pada ketika tersebut trafik di SAPS rendah. Ya memang besar kemungkinan mereka dapat menyudahkan kerjanya dengan baik tetapi tiada jamin ia akan terus berjaya jika mengulangi kaedah ini pada masa akan datang. Kerana jika ramai para guru mempunyai telahan yang sama dan sanggup mengadaikan masa tidurnya di hadapan komputer maka trafik di SAPS telah menjadi tinggi juga. Lalu  tiada beza samada waktu siang ataupun lewat malam.

Langkah atau tips terbaik dalam mengisi markah tersebut adalah secara sedikit-sedikit. contohnya setelah siap mengisikan 5 orang murid kemudian save dan semak dan seterusnya ulangi kaedah berkali-kali sehingga selesai. 

Secara teorinya, situasi ini menwujudkan olahan perhubungan antara komputer anda dengan laman sesawang secara terus menerus. Mengisi markah murid secara pukul untuk satu kelas menelan masa yang panjang. Ini mengakibatkan hubungan komputer anda dengan SAPS menjadi sangat perlahan atau mengalami penurunan dan ruang perhubungan anda dengan SAPS akan diambil alih oleh orang lain. Sebaik sahaja anda selesai mengisi markah secara pukul, data yang besar ini sudah semestinya memakan ruang perhubungan yang besar tetapi disebabkan ia telah diambil alih oleh orang lain maka ia tidak dapat dimuat naik ke SAPS lalu broswer mempaparkan perlbagai error yang menyakitkan hati.

Mengisi sedikit demi sedikit memanglah agak rumit tetapi ia lebih baik daripada anda mengisi secara pukul tetapi telah dilakukan bebrapa kali tetapi tidak dapat dimuat naik ke pangkalan data. Bak kata pepatah sedikit demi sedikit lama- lama jadi bukit.
Read More..

Perihal

Posted by Unknown Khamis, 14 Mac 2013 0 comments
Blog ini diolah berdasarkan keyword yang agak tinggi di internet bagi meningkat trafik. lantaran itu keywordnya adalah arena, kisah dan guru. Ia digarap menceritakan perihal perjalanan saya seorang guru yang telah berkeluarga mengharung kehidupan di Sekolah Seri Utama, Sungai Besar sebagai guru. Berdasarkan opsyen saya adalah guru Matematik dan Sains.

Di sekolah tersebut saya mengajar subjek Sains dan pejabat utama saya adalah makmal sains. Selain daripada itu saya telah diamanahkan menjawat jawatan tambahan sebagai setiausaha HEM. Segala apa yang berlaku di sekolah dan juga perihal yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran akan dibawah tag label GURU. 

Selain daripada saya admin, suami  dan anak saya turut menyumbang artikel di blog ini. Suami yang berkerja sebagai petani akan menghidangkan tips dan kaedah pengadalian sawah bendang yang bermanafaat dalam meningkat hasil pendapatan padi. Segala maklumat mengenai pertanian akan diletakan pada tag label ARENA. Secara amnya tag arena adalah kategori am atau uncategorized. Beliau juga mempunyai kebolehan dalam bidang komputer dan internet. Beliau telah terjerumus dalam bidang ini semenjak 1981 lagi semasa komputer masih lagi berskrin hijau dengan aturcara Worstar, Basica dan juga Paintshop. Untuk artikel yang berkaitan dengan komputer dan internet akan dikategorikan pada tag label BLOG
 
Manakala anak saya akan bercerita kisah pahit mahungnya sebagai pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar akan memalitkan kisahnya di tag label Kisah. Selain daripada tag kisah bercerita kisah pengalaman kami seperti bercuti dan juga kisah-kisah rakyat dan kehidupan orang lain yang memberikan pelbagai pengajaran dan teladan. 

Menerusi ruang blog, arena kisah guru ini saya selaku manusia biasa yang tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lantaran itu saya menyusun sepuluh jari kepada rakan sepejuangan dan murid-murid atau bekas murid-murid saya sekiranya ada terdapat kesilapan dan tutur kata saya yang mungkin menguris hati anda semua. MAAFKAN SAYA.

Akhir sekali saya ucapan ribuan terima kasih kerana mengunjungi blog ini dan sekiranya ingin menghubungi saya sila hantarkan email kepada saya menerusi pautan ini ataupun klik facebook dan twitter pada halaman utama blog Arena Kisah Guru ini.
Read More..

e-referrer

.

Hak Cipta terpelihara

MyFreeCopyright.com Registered & Protected

Terima kasih

Lain- Lain