.

Posted by Lutsinar Sabtu, 15 Februari 2014 1 comments
Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris- Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar) Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut. Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :- 1) Al-Fatihah. 2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari. Ia berdasarkan hadith : قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي ) Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih. (Tolong sebarkan untuk pengetahuan orang lain) Note : Gambar Diatas Sekadar Hiasan. https://www.facebook.com/pages/Peminat-remaja-ustaz-azhar-idrus-memang-tajam/347291075304088
Read More..

Lawak Minyak Petrol Naik 20 Sen.

Posted by Lutsinar Sabtu, 7 September 2013 1 comments


Satu hari seorang Mamat singgah ke sebuah warung menjual goreng pisang.

Mamat: Makcik bungkuskan goreng pisang RM2.00
Makcik yang jual goreng pisang tu pun bungkuslah empat ketul goreng pisang.
Mamat: Kenapa sikit sangat goreng pisang ni makcik? Minggu lepas saya beli dapat 8 ketul, kenapa minggu ni cuma 4 ketul je?
Makcik: Harga pisang goreng dah naiklah nak.
Mamat: Kenapa boleh naik harga makcik?
Makcik: Harga minyak petrol naik, terpaksalah makcik naikkan harga goreng pisang, kalau tak rugilah makcik.

Mamat tersebut hanya mendiamkan diri, lalu beredar dari situ. Sampai di rumah Mamat tersebut terus mencampakkan goreng pisang yang dibelinya ke dalam bakul sampah. Ibunya terperanjat lalu bertanya,

Ibu Mamat: Kenapa kau buang goreng pisang tu?
Mamat: Tak naklah makan, makcik tu goreng pisang pakai minyak petrol.

Diambil daripada facebook. Namun telah diubahsuai untuk dimuatkan ke dalam blog.Perkataan asal Mamat adalah Macai. Oleh sebab Macai agak kasar dan merujuk kepada pengikut setia UMNO secara buta tuli maka saya tukarkan kepada Mamat.
Read More..
Posted by Unknown Rabu, 7 Ogos 2013 0 comments
setelah 29 hari menahan diri daripada perkara menbatalkan......terasa nikmat berpuasa.....selain berpuasa syaitun juga di ikat...ketika di ikat...syaitan tidak langsung berasa sedih malah amat lucu untuk nya dia pernah berkata "aq sedaya upaya menghasut umat nabi muhammad s.a.w selama 11 bulan"kata syaitan yg dilaknat allah......selesai sahaja ramadhan tiba lah plak syawal....ketika itu syaitan dibebaskan.
























Read More..

Umat Islam menyembah kotak hitam di Padang Pasir?

Posted by Lutsinar Jumaat, 19 Julai 2013 0 comments
 
 
 
"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

Anda boleh copy dan share untuk perkongsian

Insyaallah

P/S: (" Kaabah merupakan kiblat bagi manusia di bumi ini. Ia juga melambangkan kesatuan manusia dan perpaduan ummah. Hakikat sebenarnya, orang Islam tidak menyembah kaabah, sedangkan kaabah sendiri adalah makhluk Allah S.W.T Orang Islam adalah menyembah Allah S.W.T yang Maha Esa. Orang Islam diperintahkan untuk menghadapkan dirinya kepada kaabah bagi menunjukkan perpaduan dan kekuatan.

Jom kita bayangkan orang yang solat di atas kapal terbang, adakah dia perlu berbongkok untuk mengadap kaabah yang berada di bawah? Tidak, bahkan dia wajib untuk berdiri tegak dan perlu mengadap kaabah pada permulaan solat sahaja. Jika kapal terbang itu berpusing ke arah bertentangan Kaabah, orang yang bersolat itu tidak perlu lagi berpusing ke arah kaabah. Solatnya sudah sah walaupun tidak mengadap kaabah. Wallahu'Alam.")

Via Kelate Network (dikongsikan oleh Khairul Sunny di FB pada 20/07/13)
Read More..
Posted by Unknown Ahad, 2 Jun 2013 1 comments
cuti sekolah yang agak bosan....
Read More..

zaman sekarang

Posted by Unknown Ahad, 26 Mei 2013 0 comments
sekarang kebanyakkan gadis melupakan soal agama nyew tersendiri......seperti tidak mengendah tentang agama nyew....mendedahkan aurat yang perlu kita tutup...tidak mengetahui mengapa seorang perempuan wajib memakai tudung...bukan kerana feshen...biar orang mengatakan kita kuno(ketingalan zaman) bukan kuno didalam neraka yang panas....sebesar zarah allah swt mncipta matahari....itupn sudah panas bgi maknusia  apatah lagi neraka.....
         allahhualam......

Read More..

Kenapa Jepun Bersih dan Maju

Posted by Lutsinar Sabtu, 11 Mei 2013 0 comments
Dr Danial pengarang buku Al-quran saintifik pernah mengatakan bahawa biarpun kebanyakkan orang Jepun tiada beragama namun mereka lebih islamik daripada kebanyakkan negara- negara islam kini. Kenapa?. Persoalan ini terjawab  menerusi 10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan yang diterjemahkan oleh  Hj Khairol Amin Mohd Salleh yang ditulis pada facebook saya pada 11/05/13.

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

Wallahualam.
Read More..

PETUA IMAM SYAFIE

Posted by Lutsinar Rabu, 8 Mei 2013 1 comments
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa dan zikir adalah kekuatan seorang muslim

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.


Dari;- Khairul Affendi Januri (9/5/13)
Read More..

e-referrer

.

Hak Cipta terpelihara

MyFreeCopyright.com Registered & Protected

Terima kasih

Lain- Lain