.

Amalan Untuk Mendapatkan Zuriat

Posted by Lutsinar Jumaat, 22 Mac 2013 0 comments
Sekolah Seri Utama pernah menjemput Ustaz Abdullah al-amin menyampaikan ceramah sempena program keibubapaan di Masjid Makmuriah pada 01-Feb-13. Lalu ceramah tersebut beliau menceritakan satu cerita yang berlaku pada zaman rasulullah. Bagaimana seorang sahabat mendatangi rasulullah yang mengadu yang mereka tidak memperolehi zuriat setelah sekian lama berkahwin.

Lalu Rasulullah bertanya "Apa yang dilakukannya". Sahabatnya juga tergamam dengan pertanyaan lalu rasulullah mencadangkannya agar memperbanyakkan istighfar.

Sebaik sahaja kembali ke rumah ia berpakat dengan isterinya, lalu mereka sama mendirikan solat taubat dan seterusnya kedua-duanya memperbanyak istighfar dalam kehidupan harian mereka. lantaran setelah beberapa bulan berlalu, ia pun mengkhabarkan kepada rasulullah bahawa isterinya mengandung dan diriwayatkan bahawa mereka memperolehi 8 orang anak dalam hidupnya.

Ustaz abdullah al-amin menyampaikan cerita ini dengan ringkas kerana mengejar waktu ashar yang telah berlalu hampir setengah jam dan dalam suasana sebegini, saya merasakan tidak sesuai untuk mengajukan pertanyaan apa yang dimaksudkan dengan kata-kata rasulullah "Apa yang anda lakukan" dan berdasarkan cerita mereka berpakat dengan isterinya untuk mendirikan solat taubat dengan amalan istighfar bermakna ia merujuk kepada dosa yang mereka lakukan sehingga Allah SWT menyekat rezeki zuriat kepada mereka.

Lalu sekiranya anda telah lama berkahwin namun masih belum mempunyai anak adalah lebih baik anda lakukan seperti mereka mungkin ada antara kesilapan yang kita lakukan menyebabkan dosa tersebut menyekat rezeki anak terhadap kita. Disamping itu berdoalah kepada Allah SWT tanpa mengenal erti putus asa.

Walahuallam

0 comments:

Catat Ulasan

e-referrer

.

Hak Cipta terpelihara

MyFreeCopyright.com Registered & Protected

Terima kasih

Lain- Lain