.

Kenapa Zionis bersungguh inginkan Palestin

Posted by Lutsinar Ahad, 30 Disember 2012 0 comments
Jalur gemilang dikibarkan sebagai tanda ucapan Terimakasih
Seperti yang kita tahu Palestin merupakan wilayah perebutan 3 agama iaitu Islam, Kristian dan juga bangsa Yahudi (maaf saya terlupa nama agama mereka), namun saidina abu bakar mengistiharkan Palestin merupakan tanah wakaf untuk umat Islam.

Pernah anda terfikir -Kenapa wilayah bergolak ini merupakan wakaf untuk umat islam?. Dan kenapa pihak Yahudi membuat hoax mengatakan bahawa Palestin milik datuk moyang mereka dan beria-ia ingin memilikinya meskipun dengan apa cara sekalipun membesarkan penempatan mereka secara zalim serta menyalahi undang- undang?

Menurut ceramah saudara Abdul Aziz b Hj Abu Bakar dari Mapim yang disampaikan di Masjid Makmuriah, golongan yang menguasai Palestin akan menjadi kuasa besar dunia. Bersandarkan bukti sejarah semasa kelahiran Nabi junjugan kita, ia dikuasai oleh Rom. Lantaran Rom menjadi kuasa yang hebat pada waktu tersebut. Diikuti dengan Islam yang melebarkan sayapnya. kemudian Islam dikalahkan oleh tentera Salib yang mengorban ramai umat islam sehingga banjir darah ke paras lutut. Seterusnya mereka dikalahkan oleh panglima Islam dari puak kurdis iaitu Salihudin Ayubi. Peringkat seterusnya ia dikuasai oleh umat islam meskipun dari kerajaan yang berbeza sehinggalah kejatuhan kerajaan Uthmaniah. Pihak Yahudi pernah cuba merasuah Sultan Abdul Hamid dengan 150 Juta tetapi ditolak oleh beliau kerana ia tidak rela mengkhianati umat islam.

Dari pemahaman saya, kerana tidak dapat merasuah baginda menjadi pihak Yahudi mendendami mereka lantaran itu beliau dipenjarakan serta 16 orang anak-anknya dipisah-pisahkan serta dihantar ke Eropah agar menjadi pengemis di Eropah sebagai tanda menghina Khalifah sekaligus menghina umat Islam yang gagal menjalankan amanah Allah taat kepada Khalifah yang benar.

Yahudi mendakwa mereka bangsa terpilih, perlu anda fahami bangsa Yahudi amat berpegang kuat pada sejarah lantaran itu ia memahami situasi ini lantaran itu ia perlu menguasai Palestin dan Aeriel Sharon pernah mengatakan membunuh rakyat Palestin adalah Jihad bagi mereka melaksanakan perintah tuhan ketenteraan mereka. Kisah penyembelihan pelarian Palestin di Sabra dan Syatila (16 - 18/09/1982) adalah ketika Aeriel Sharon menjadi menteri pertahanan. Sehingga Sekarang Rakyat Palestin berjihad menentang pihak Yahudi meskipun dengan balingan batu kerana kekurangan senjata.

Pada pendapat saya, Allah menyediakan Palestin bergolak menentang penjajahan kejam Yahudi khususnya Zionis dengan penuh kekurangan memberi ruang kepada umat Islam berjihad kepada Agamanya agar tiada alasan atau mempertikaikan keberuntungan umat Muhammad di Zaman baginda yang Syahid kerana mempertahan Agama Allah ketika di Padang Mashar nanti. Kita mungkin tidak dapat hadir mengangkat senjata ke Palestin menentang Zionis kerana pelbagai kekangan namun kita masih berkebolehan berjihad harta benda dengan menyalurkan wang ringgit kita kepada mereka.

Hati saya tersentuh apabila Saudara Abdul Aziz Haji Abdul Bakar mengatakan ketika menyampaikan wang untuk membina semula Masjid yang di Bom oleh Zionis. Mereka mengalirkan air mata kegembiraan dan mengatakan mereka merasa bersyukur kerana sekurang-kurangnya saudaranya dari Malaysia menghargai perjuangan mereka mempertahan Palestin khususnya masjid Al Ashar.

Ayuh mari kita ketepikan sedikit wang Gaji anda untuk mereka yang berjuang kerana Allah SWT.

Wallahualam. Arena

0 comments:

Catat Ulasan

e-referrer

.

Hak Cipta terpelihara

MyFreeCopyright.com Registered & Protected

Terima kasih

Lain- Lain