.

Penik pembunuh Nombor 1

Posted by Lutsinar Khamis, 27 Disember 2012 0 comments
Dalam hidup saya , saya telah mengalami 2 kali nyawa berada di hujung tanduk tetapi syukur alhamdulillah saya dapat mengawal diri dari jatuh ke dalam perangkap panik menyebabkan saya boleh berfikir sekali gus dapat menjalankan amanah Allah menjaga nyawa diri sendiri.

Peristiwa pertama di Kota Tinggi Johor, ia berlaku ketika saya berumur awal 20an. Dikatakan kawah air terjun kota tinggi sangat dalam menjangkau puluhan kaki dalamnya menyebabkan airnya terlalu sejuk. Melihat ada seorang pengunjung (mungkin warga setempat yang telah biasa dengan air terjun tersebut) yang berkebolehan menyeberang kawah air terjun tersebut dan duduk mandi di bawah curahan air terjun menyebabkan darah muda serasa tercabar.

Tanpa berfikir panjang saya pun mengikut jejak langkahnya. Setiba di pertengahan kawah tiba-tiba sebelah kaki saya mengalami kekejangan disebabkan suhu airnya. Ini menyebabkan pergerakan renangan kehadapan saya telah menjadi perlahan separuh momentumnya.

Oleh sebab saya tidak panik saya dapat berfikir saya akan kehabisan tenaga dan tiada kekuatan menongkah arus olahan air yang bergerak ke perut kawah air terjun. Lalu saya memutuskan untuk menarik nafas sebanyak yang mungkin dan berenang secara menyelam. Ini kerana dengan renangan secara menyelam anggota tangan dan kaki digunakan sebagai kayuhan untuk maju kehadapan lantaran itu kepantasannya bertambah 2 kali ganda dari renangan biasa. Alhamdulillah saya dapat sampai ke sampai ke pinggir kolam dan sekaligus naik ke daratan.

Saya mengambil masa yang agak lama untuk turun ke air semula menyebabkan kawan-kawan dan saudara mara merasakan something wrong tetapi saya menafikan dengan alasan untuk berehat sekejap untuk meredakan kesakitan dari kekejangan kaki wahal saya menghimpun semula kekuatan dari peristiwa tersebut.

Peristiwa ke-2 berlaku selang berapa tahun ketika saya berada di Teluk Tempoyak Pulau Pinang. Selepas kerja membuat kerja pendawaian di gerai prsisiran pantai. Saya dengan kawan IKM Lumut, Along untuk berlumba renang. Kami pun berenang ke tengah laut dengan anggaran jarak kira 1.5 km dari persisiran pantai. Setelah bersetuju kedudukan tersebut sebagai permulaan kami pun membuat kiraan dari 1 hingga 3 dan terus membuat renangan selaju yang mungkin tetapi malangnya beberapa meter dari titik permulaan, saya terkena obor-obor di ketiak. Saya bukanlah orang yang biasa dengan laut. Menyebabkan bisa obor-obor tersebut terlalu sakit menyebabkan badan saya mengigil/mengeletar manakala bibir saya menjadi kebiruan menahan kesakitan.

Sebagai langkah permulaan saya perlu mengalihkan fikiran dari memikirkannya agar mengurangkan tekanan kesakitan bisa tersebut. Saya lihat Along sudah jauh dihadapan dengan penuh komitmen untuk menang tanpa menoleh ke belakang, mana mungkin dia mendengar jika saya menjerit memanggilnya. Apatah lagi arah aliran tiupan angin ke laut. Meskipun pantainya landai pada kejauhan tersebut kaki saya tidak dapat mencapai tanah untuk berjalan. Memandangkan saya berada di laut dengan ketumpat garam yang tinggi, saya terfikir bahawa badan kita mudah terapung lalu saya memutuskan untuk menggunakan kelebihan untuk berenang secara terlentang supaya saya boleh bernafas dengan mudah (tangan yang sakit tidak berkebolehan lagi untuk mengapungkan kepala) meskipun pergerakannya perlahan kerana keterbatasan pergerakan kaki. Itu lebih baik daripada pegun pada kedudukan tersebut.

Apabila Along sampai ke pantai, melihat saya berenang tidak seperti renangan untuk berlumba, beliau terjun semula ke laut mendapatkan saya, ketika sampai di sisi saya, melihat bibir saya biru dengan muka yang berkerut mempamerkan kesakitan, Dia bertanya dan saya menjawab dengan terketar-ketar bahawa saya terkena obor-obor di ketiak. Along pun bertindak membantu dengan menarik saya ke pantai. Di pantai orang kampung tersebut pun mengambil kopi bercampur kicap dan ditempekkan pada bahagian yang terkena obor-obor tersebut. Bila kesakitan sudah agak berkurangan, along pun membawa ke klinik berhampiran.

Dari peristiwa ini saya merumuskan bahawa jika saya panik, fikiran menjadi buntu seterusnya saya akan mati kelemasan. Syukur alhamdulillah kerana Allah SWT menganurehkan nikmat ketenangan dalam diri saya. Arena

0 comments:

Catat Ulasan

e-referrer

.

Hak Cipta terpelihara

MyFreeCopyright.com Registered & Protected

Terima kasih

Lain- Lain